TwitLonger

tawel

Tawel @tawel

8th January 2011 from Twitlonger

Tak semestinya bro @paracletos7. Kadar nisab semasa = Harga emas semasa 85 gm. Jadi katakan dalam kes zakat simpanan 2010 (Selangor), dalam setahun tu mesti ada baki terendah paling kurang RM9000, barulah kena zakat. Tapi bagi 2001, kena ada sekurang-kurangnya RM 2826.30, barulah kena zakat simpanan.

Nilai duitnya berbeza, tapi nilai emasnya tetap sama (iaitu 85 gm). Harga emas turun dan naik dan benda ni bergantung kepada "supply & demand" di pasaran spekulatif.

Tapi apapun, kalau ringgit menyusut, lagi banyaklah duit yang diperlukan untuk membeli per gram emas (padahal kenaikan GDP rakyat tak setara dengan kenaikan harga emas). Kekayaan dalam Islam diukur dengan emas, bukan dengan wang kertas. "Threshold" kekayaan ini akan berlegar pada angka 85 gram emas (bersamaan RM9000 pada 2010, dan mungkin bersamaan RM20000 pada 2020).

Oleh yang demikian (pusing bab lain kejap), walaupun kerajaan Najib Razak menyasarkan Malaysia untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, ini sebenarnya akan jadi tak relevan jika angka rakyatnya yang dapat menyimpan kekayaan sekurang-kurangnya 85 gram emas tidaklah seramai mana.

http://tl.gd/80iq3g · Reply
Report post (?)